Monday 8 October 2012

UNIT 6: UNSUR-UNSUR CUACA DAN IKLIM

SUHU
  • Disukat menggunakan termometer dalam unit darjah Celcius
  • Termometer mengandungi raksa dan alkohol
  • Termometer six berbentuk U mencatat suhu tertinggi dan terendah dalam sehari
  • Termometer maksimum dan minimum (termometer Six) disimpan dalam alat Pelindung Stevenson untuk mengelak daipada pancaran matahari secara terus atau dirosakkan binatang
  • Termometer minimum mencatat suhu terendah, termometer maksimum mencatat suhu tertinggi
  • Min suhu harian, julat suhu harian, min suhu bulanan, min suhu tahunan diperoleh dari bacaan pada termometer

Gambar: Termometer Six
(Sumber: www.google.com)

ALAT PELINDUNG STEVENSON


Ciri-ciri alat pelindung Stevenson
  • untuk mengurangkan bahangan matahari di bahagian dalam alat itu
  • untuk mengurangkan bahangan haba bumi
  • dinding berbentuk ram supaya udara bergerak keluar masuk
  • dicat putih supaya haba dibalikkan
  • digunakan untuk menyimpan termometer Six dan higrometer
  • melindungi alat ukur cuaca daripada pancaran terus matahari
  • melindungi alat ukur cuaca daripada diganggu oleh manusia atau haiwan
  • memastikan bacaan suhu tepat kerana kotak pelindung Stevenson tidak mempunyai kesan bahangan terperangkap



Gambar: Alat Pelindung Stevenson
(Sumber: www.google.com)

HIGROMETER

Higrometer adalah sejenis alat untuk mengukur tahap kelembapan pada suatu tempat. Biasanya alat ini ditempatkan di dalam bekas (container) penyimpanan barang yang memerlukan tahap kelembapan yang terjaga seperti dry box penyimpanan kamera. Kelembapan yang rendah akan mencegah pertumbuhan kulat yang menjadi musuh pada peralatan tersebut.

Gambar: Higrometer
(Sumber: www.google.com)

Sunday 7 October 2012

PUTARAN BUMI

PUTARAN BUMI
  • Bumi berputar pada paksinya iaitu satu garis lurus rekaan yang menganjur dari kutub utara ke kutub selatan.
  • Paksi ini tidak tegak lah tegak.
  • Paksi condong 23 1/2o dari satah tegak dan 66 1/2o dari satah orbit.
  • Putaran bumi dari barat ke timur.
  • Menyebabkan matahari kelihatan terbit dari sebelah timur dan terbenam di barat.
  • Satu putaran bumi mengambil masa 24jam.

Rajah 1.0 : Putaran bumi
Sumber dari : www.google.com

A.   KEJADIAN SIANG DAN MALAM

1. Bumi berputar dari barat ke timur.
2. Bumi mengambil masa 24 jam untuk  membuat 1 putaran lengkap.
3. Putaran bumi ini menyebabkan semua tempat di dunia mengalami  siang dan  
    malam.
4. Bahagian bumi yang menerima pancaran matahari mengalami siang.
5. Bahagian bumi yang tidak menerima pancaran matahari mengalami malam

Rajah 1.2 : Peredaran bumi mengelilingi matahari
Sumber dari : www.google.com

Rajah 1.3 : Kejadian siang dan malam

B.   KEJADIAN PASANG SURUT

  • Pasang surut ialah kejadian aras air tinggi dan aras air rendah di laut
  • Pasang surut berlaku dua kali sehari dalam tempoh 24 jam.
  • Tarikan graviti terhadap lautan akan menghasilkan bonjolan air yang menyebabkan pasang surut.
  • Tarikan graviti menarik air laut di permukaan bumi yang menghadap ke bulan dan menghasilkan air pasang.
  • Kejadian pasang surut di sebabkan oleh tarikan graviti antara:

                        1.      Bulan dengan bumi
                        2.      Matahari dengan bumi


Rajah 1.4: Kesan tarikan graviti bulan terhadap bumi
Sumber dari : www.google.com

AIR PASANG PERBANI

Sumber dari : www.google.com
Rajah 1.5: Kedudukan bumi, bulan dan matahari dalam kejadian air pasang perbani

·      Bulan, bumi dan matahari berada dalam satu garisan.
·      Julat air pasang dengan air surut adalah besar kerana tarikan graviti bulan dan 
       matahari bertindak mengikut arah yang sama.

AIR PASANG ANAK
  • Bulan, bumi dan matahari berada dalam suatu kedudukan yang bersudut  tepat.
Sumber dari : www.google.com
 Rajah 1.6: Kedudukan bumi, bulan dan matahari dalam kejadian air pasang anak







Wednesday 3 October 2012

Penempatan Penduduk


Fungsi petempatan luar Bandar

            -Pusat mengumpul dan memproses hasil pertanian
            -Menyediakan kemudahan asas
            -Menyediakan kemudahan awam
            -Melaksanakan urusan pentadbiran kerajaan

Faktor yang mempengaruhi perletakan dan taburan petempatan luar Bandar

            -Bentuk muka bumi
            -Kesuburan tanih
            -Darjah ketersampaian
            -Keselamatan
            -Bekalan air
            -Governan      

Bandar

  1. Bandar adalah suatu unit politik, petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau suatu kelompok rumah kediaman atau lain-lain struktur atau kadangkala ia juga dilihat dari segi penghuninya saja. Sebagai contohnya mengikut Bangsa-Bangsa Bersatu (Demographic Yearbook) 1968-1969 menyatakan bahawa di Malaysia sesuatu kawasan boleh dianggap bandar bila penduduknya berjumlah 10,000 orang atau lebih.10,000 orang atau lebih.
  2.  Keduanya bandar adalah satu gabungan antara tempat dengan penghuninya. Di sini bandar ditakrifkan untuk meliputi keseluruhan elemen semulajadi, sosial dan keseluruhan elemen buatan manusia yang terkelompok dalam kawasan yang mempunyai ramai penduduk; penduduknya mempunyai kebudayaan yang tinggi termasuklah dalam berbagai-bagai kemahiran tetapi tidak dapat menghasilkan tenaga yang mencukupi.
  3. Ketiganya dari segi fungsi ia boleh dianggap sebagai satu ekosistem  terbuka yang mengembangkan kebudayaan bandar melalui pertukaran bahan dan tenaga. Di sini, dengan adanya sistem pengangkutan yang baik, kawasan pedalaman dapat menyediakan sumber-sumber yang diperlukan oleh bandar (pekerja) dan pekerja pula dapat menyerap beberapa hasil dari bandar.


            -Bandar pentadbiran / ibu negeri
            -Bandar pelancongan
            -Bandar pelabuhan
            -Bandar Diraja
            -Bandar pertahanan
            -Bandar sempadan
            -Bandar perindustrian
            -Bandar perlombongan
            -Bandar pendidikan
            -Bandar satelit
            -Bandar teknologi maklumat

Faktor yang mempengaruhi peletakan dan taburan petempatan Bandar

            -Bentuk muka bumi
            -Sumber mineral
            -Darjah ketersampaian
            -Faktor sosial
            -Governan


Sumbangan luar bandar kepada bandar

Sumbangan bandar kepada luar Bandar

-Menyumbangkan tenaga buruh
-Membekalkan hasil pertanian
-Membekalkan bahan mentah
-Pusat pengumpul dan pengedar hasil
 pertanian
-Menyediakan pasaran barang kilang dari
 Bandar
-Peluang pekerjaan
-Kemudahan pendidikan
-Perkhidmatan pengangkutan dan
 perhubungan
-Perkhidmatan kewangan
-Perkhidmatan pentadbiran

Pembandaran

Fungsi Bandar Satelit
Fungsi Bandar Baru
-Menyediakan kawasan petempatan /
 perumahan
-Menyediakan kemudahan asas/awam
 yang lengkap
-Menjadi pusat pendidikan
-Menyediakan kawasan industri khusus
-Menyediakan peluang pekerjaan
-Perkembangan kegiatan perniagaan
-Pusat pentadbiran
-Membangunkan kawasan luar bandar
-Pembangunan industri
-Menyediakan pendidikan tinggi
-Perkembangan industri telekomunikasi
 moden
-Meningkatkan kegiatan perniagaan dan
 perdagangan
-Pusat pentadbiran


Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Proses Pembandaran
-Perkembangan sektor industri
-Migrasi penduduk yang pesat ke Bandar
-Pengelompokan aktiviti ekonomi spt. industri
-Pertambahan peluang pekerjaan
-Pengelompokan institusi kewangan
-Penyediaan kemudahan awam / asas yang lengkap
-Pemodenan sistem pengangkutan dan perhubungan
-Peningkatan kemudahan pendidikan tinggi
-Penyediaan pelbagai kemudahan kesihatan / perubatan
-Kemudahan sosial yang lengkap spt. kebudayaan,tempat ibadat,hiburan dan rekreasi
-Langkah kerajaan menaik taraf sesebuah bandar
-Pembukaan bandar-bandar baru
Kesan Proses Pembandaran
-Banyak bangunan pencakar langit
-Banyak kawasan tepu bina
-Pembinaan pangsapuri / rumah pangsa untuk petempatan
-Jalan raya diperluas / dinaik taraf
-Pembinaan pengangkutan moden spt. LRT, Komuter, Monorel
-Pembinaan kawasan rekreasi dan pusat hiburan
-Banyak pusat membeli-belah
-Pertambahan penduduk yang pesat
-Peluang pekerjaan bertambah
-Menggalakkan migrasi luar bandar ke bandar
-Pertambahan kawasan setinggan
-Pengangguran bertambah / kemiskinan bertambah
-Masalah sosial meningkat
-Kesesakan lalulintas
-Pencemaran udara oleh asap kenderaan dan kilang
-Kejadian banjir kilat
-Pencemaran sungai spt. kumbahan domestik dan sisa kilang

Langkah Mengurangkan Masalah Pembandaran
-Menyediakan tapak pelupusan sampah
-Penggunaan ‘insinerator’
-Kempen kitar semula barangan
-Menghijaukan bandar / bandar dalam taman
-Memperkenalkan pengangkutan menggunakan kuasa elektrik spt. LRT, Komuter
-Penggunaan petrol tanpa plumbum
-Penguatkuasaan undang-undang
-Membaiki sistem perparitan
-Melaksanakan projek tebatan banjir
-Penempatan semula setinggan
-Pembinaan Bandar satelit
-Kempen menggunakan pengangkutan awam
-Kempen kongsi kereta
-Melebar dan menaik taraf jalan raya
-Membina jalan raya bertingkat
-Laluankhas untuk bas / teksi
-Memindahkan pejabat pentadbiran kerajaan ke bandar baru


   


Dinamika Kepadatan Penduduk



  1.        Faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu kawasan berpenduduk 


Padat
Sederhana Padat
Jarang
-Bandar-bandar besar
-Banyak peluang 
  pekerjaan.
-Kawasan perindustrian
-Kemudahan
 pengangkutan
-Pembangunan Bandar
 baru
-Pusat pendidikan tinggi
-Kawasan perlombongan
-Kawasan penanaman 
 getah dan kelapa sawit
-Kawasan pendaratan ikan
-Kawasan rancangan
 kemajuan tanah
-Kawasan bergunung-
 gunang dan berhutan tebal
-Kawasan pedalaman yang
 terpencil
-Darjah ketersampaian
 rendah
-Kawasan pertanian dan
 perikanan tradisional
-Kawasan kurang
 kemudahan asas / awam



Pertumbuhan Penduduk
Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran

            -Struktur umur penduduk
            -Taraf hidup
            -Taraf pendidikan
            -Usia perkahwinan
            -Amalan perancangan keluarga
            -Tahap kemajuan Negara
            -Governan – menghadkan saiz keluarga

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kematian

            -Kemudahan dan kelengkapan perubatan moden
            -Taraf hidup penduduk
            -Kemudahan hospital / klinik
            -Bilangan doktor / doktor pakar berbanding penduduk
            -Taraf kesihatan penduduk
            -Taraf pendidikan
            -Dasar kerajaan / governan


Migrasi Penduduk

Faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman

            -Kemudahan asas / awam
            -Peluang pekerjaan
            -Kemudahan pendidikan tinggi
            -Rancangan kemajuan tanah
            -Jaringan pengangkutan
            -Bencana alam
            -Perkembangan bandar baru / bandar satelit
            -Bandar-bandar besar / ibu negeri
            -Pertukaran tempat kerja / bersara
            -Persekitaran yang tenang dan nyaman.

Faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi antarabangsa

            -Peluang pekerjaan
            -Melanjutkan pelajaran tinggi
            -Meningkatkan taraf hidup
            -Menjalani rawatan perubatan
            -Bencana alam
            -Ketidakstabilan politik / peperangan
            -Wabak penyakit
            -Pelancongan

Kesan migrasi terhadap sesebuah Negara

            -Perubahan struktur penduduk
            -Mengatasi kekurangan tenaga buruh
            -Memperluaskan pasaran barangan pengguna
            -Berlaku pemindahan teknologi
            -Perkembangan pendidikan tinggi
            -Meningkatkan masalah sosial / jenayah
            -Kawasan pertanian terbiar
            -Masalah perumahan / petempatan setinggan

Piramid Progresif

Ciri Piramid
Ciri Demografi

- Tapak lebar
- Kanak-kanak ramai
- Kadar kelahiran tinggi
- Kadar kematian tinggi
- Kadar pertumbuhan penduduk tinggi

- Puncak tirus / sempit
- Warga tua sedikit
- Kadar kematian tinggi
- Jangka hayat rendah

Piramid Peralihan

Ciri Piramid
Ciri Demografi

- Tapak sempit
- % kanak-kanak sedikit
- Kadar kelahiran rendah
- Kadar pertumbuhan penduduk rendah
- Tengah lebar
- Penduduk dewasa ramai
- Kadar kematian rendah

- Puncak sempit
- Warga tua sedikit
- Kadar kematian rendah
- Jangka hayat tinggi

Piramid Stabil

Ciri Piramid
Ciri Demografi

- Tapak sempit
- Kadar kelahiran rendah
- % kanak-kanak rendah
- Kadar pertumbuhan penduduk rendah
- Sisi tegak
- Kadar kelahiran dan kematian hamper sama
- % kanak- kanak dan dewasa hamper sama

- Puncak lebar
- Jangka hayat tinggi
- % warga tua tinggi
- Kadar kematian rendah

Langkah mengatasi masalah di negara kurang penduduk

            -Membawa masuk tenaga buruh asing
            -Menggalakkan wanita bekerja
            -Meningkatkan umur persaraan
            -Menggalakkan peningkatan kadar kelahiran
            -Pemberian insentif kepada keluarga yang melahirkan ramaianak
            -Menyediakan kemudahan perubatan untuk warga tua
            -Membina banyak rumah kebajikan

Langkah mengatasi masalah di negara penduduk berlebihan

            -Amalan perancangan keluarga
            -Meningkatkan taraf pendidikan
            -Lewatkan umur perkahwinan
            -Polisi menghadkan saiz keluarga
            -Menyediakan kemudahan kesihatan
            -Mengadakan inovasi serta pemodenan sektor pertanian