NOTA

KESAN DAN PENGARUH CUACA DAN IKLIM TERHADAP KEGIATAN MANUSIA DAN SEBALIKNYA

PULAU HABA

A) Faktor-faktor kejadian pulau haba

- Perindustrian yg pesat : meningkatkan kandungan karbon dioksida, CFC, gas nitrogen
- Kepadatan bangunan di bandar : udara / angin sukar bergerak
- Bangunan tinggi : tiupan angin terhalang, udara terkepung, suhu tinggi
- bangunan bercermin / memantul cahaya / haba
- bangunan konkrit dan kaca menyerap dan menyimpan haba : simpan haba pada waktu siang dan balikkan     
   haba pada waktu malam
- permukaan ber tar/berturap atau konkrit menyerap haba
- kurang tumbuhan hijau di bandar, bekalan Oksigen kurang / karbon dioksida bertambah
- bilangan kenderaan yang banyak - pelepasan gas ke udara

B) Kesan Pulau Haba Bandar

- kelembapan bandingan rendah kira-kira 6% berbanding kawasan sekitar
- suhu meningkat - udara kering
- air kurang diserap ke dalam tanah : permukaan dilitupi jalan raya / tar, bangunan
- pembentukan jerebu
-bangunan tinggi dan padat menghalang pergerakan udara, hujan kurang untuk membersihkan jerebu
- pembentukan hujan asid
- kelajuan angin kurang : bangunan banyak, padat dan tinggi

C) Langkah-langkah Mengatasi Kejadian Pulau haba

- Tanam tumbuhan hutan dan pokok bunga : “Bandar dalam tanam” – mengindahkan Bandar, menurunkan 
   suhu (menghijaukan Bandar)
- Berkongsi kereta : mengurangkan pengeluaran asap kenderaan
- Kuat kuasa undang-undang / denda : pembakaran terbuka
- Tanam pokok dan rumput di kawasan perumahan
- Membina kilang baru jauh dari bandar
- Menggunakan keretapi elektrik untuk mengurangkan penggunaan kereta

HUJAN ASID

- apabila bahan tercemar (sulfur dioksida, nitrogen dioksida) bertindak
- dengan wap air di atmosfera
- hujan turun mengandungi asid ( air hujan dicemari bahan terampai di udara)

A) Faktor kejadian hujan asid

- industri mengeluarkan asap dan gas karbon monoksida
- bahan terampai banyak dilepaskan di udara – pembakaran sampah dll
- pengeluaran karbon monoksida dari pembakaran bahan api kenderaan
- kurangnya kawasan hijau yang boleh menyerap karbon dioksida
- pembakaran arang batu, petroleum di stesen jana kuasa

B) Kesan Kejadian Hujan asid

- hidupan akuatik (air) terjejas
- menghakis bangunan - tiang besi mudah berkarat, cat bangunan luntur
- tanah berasid - tidak sesuai untuk pertanian
- hasil pertanian berkurang - memusnahkan tanaman kerana hujan asid bertindak secara kimia dengan nutrien dalam tanah
- menjejaskan rantaian makanan akibat kemusnahan flora dan fauna
- penyakit kulit - katarak mata, barah, paru-paru.

PERNIPISAN OZON

A) Faktor Penipisan Lapisan Ozon

- Penggunaan baja organik - baja nitrogen mengeluarkan nitrus oksida yang menipiskan lapisan ozon   
   sebanyak 15%
- CFC yang dibebaskan oleh penyembur aerosol
- Letupan nuklear / ujian nuklear menipiskan lapisan ozon sebanyak 20 - 70%
- Pembakaran gas, arang batu, kayu dan sisa bintang
- Kapal terbang supersonik di lapisan stratosfera mengeluarkan asap yg. mengandungi nitogen oksida

B) Kesan Penipisan Ozon

- Perubahan iklim dunia, suhu meningkat
- Peningkatan suhu bumi - ais dan glasier mencair - kawasan rendah tenggelam
- Hasil tanaman berkurang/terjejas
- Perubahan genetik dalam tumbuhan
- Kerosakan sel dan mikroorganisma dalam haiwan dan tumbuhan
- Penyakit kanser kulit, katarak mata - rabun
- Memusnahkan DNA yang menyebabkan mutasi dan kecacatan kelahiran
- Mengurangkan proses fotosintesis
- Pertumbuhan plankton terjejas

C) Langkah mengurangkan penipisan ozon

- Penggunaan CFC dalam semburan aerosol, peti sejuk , industri membuat komputer diganti dengan bahan 
   berasaskan air
- Menggunakan helium dalam industri membuat alat penyaman udara
- Mengadakan kerjasama antarabangsa dalam menghadkan ujian nuklear
- Usaha PBB melindungi lapisan ozon melalui
    i) Persidangan Montreal, Kanada - bincang langkah-langkah melindungi lapisan ozon
        ii)  Mengurangkan aktiviti penyelidikan di Antartika
        iii) Kempen - mengurangkan kegiatan pembalakan melalui badan sukarela spt Green Peace & WWF


KESAN RUMAH HIJAU

(Peningkatan suhu permukaan bumi – disebabkan haba tidak dapat dilepaskan ke atmosfera dengan sempurna)

A) Proses Kejadian Rumah Hijau

- sinaran ultra ungu daripada matahari menembusi atmosfera dan memanaskan permukaan bumi (dalam 
   bentuk gelombang pendek)
- haba dipantulkan semula oleh permukaan bumi ke atmosfera sebagai sinaran infra-merah
- sinaran infra-merah akan diserap oleh gas rumah hijau dan dipantulkan semula ke permukaan bumi
- haba yang terperangkap meningkatkan suhu bumi

B)  Kesan Rumah Hijau

- perubahan iklim - bencana alam : ribut / taufan, banjir, kemarau
- peningkatan suhu dunia sebanyak 2.5oC sebab haba terperangkap
- haba terperangkap dalam udara
- karbon dioksida, debu menyerap sinaran infra merah.
- Pemanasan dunia tidak sekata (cuaca tidak menentu)
- Hasil pertanian berkurangan akibat suhu panas, tanaman mudah rosak
- Kelembapan bandingan udara semakin berkurang
- Berlaku ribut dan siklon

C) Faktor Kesan Rumah Hijau

- pembakaran bahan api fosil
- pembakaran terbuka
- pengeluaran gas daripada baja kimia, racun serangga dll
- penggunaan alat yang mengeluarkan CFC spt peti sejuk, pendingin hawa, aerosol,dll

D) Kesan daripada peningkatan suhu :

- purata suhu dunia naik 0.5oC sejak 1900
- mencairkan litupan ais di kutub
- kenaikan aras air laut
- kawasan rendah di pinggir laut tenggelam - Bangladesh, Kepulauan Maldive, Belanda

E) langkah-langkah mengatasi kesan rumah hijau:

- menghijaukan bandar
- penghutanan semula dan memelihara serta memulihara hutan
- mengurangkan penggunaan bahan api fosil petroleum dan arang batu
- menggalakkan penggunaan gas asli - mengeluarkan CO2 sedikit berbanding arang batu
- membanyakkan penggunaan tenaga solar, geotermal dan biomass
- mengelakkan kebakaran hutan dan pembakaran terbuka
- menggunakan penapis asap di kilang untuk mengurangkan pencemaran CO2
- mengurangkan penggunaan bahan yang mengandungi CFC
- penggunaan petrol tanpa plumbum
- undang-undang kawalan mutu alam sekitar 1974 (Malaysia) mendenda pembakaran secara terbuka
- R & D - kitar semula / penggunaan semula bahan terbuang spt tayar, plastik, kertas
- Kerjasama antarabangsa untuk mengatasi masalah alam sekitar spt persidangan Bumi di Rio de Janerio, 
   Brazil dan Pengisytiharan Langkawi

JEREBU

- kabut yang disertai debu, terapung di atmosfera
- keadaan keliling kelihatan kabur
- berlaku di kawasan perindustrian / kawasan bandar
  
A) Faktor Jerebu

- pembakaran bahan api fosil
- pembakaran hutan meluas
- pembebasan nukleus pemeluwapan (debu, habuk, asap)dari cerobong kilang dan ekzos kenderaan.
- pembakaran sampah secara terbuka
- habuk daripada kerja pembinaan yang berterusan
- aktiviti perlombongan batu / kuari

B) Kesan kejadian Jerebu

- jarak penglihatan berkurang
- penyakit paru-paru, mata, asma
- kegiatan harian terganggu
- pembentukan hujan asid bertambah
- menghalang proses fotosintesis pokok - hasil pertanian berkurang

C) Punca-punca pencemaran udara

- pertambahan kenderaan bermotor
- pertambahan jumlah bahan terampai di udara
- pertambahan kilang - gas, asap
- perlupusan sampah - pencemaran bau
- penggunaan alat pendingin hawa/ aerosol dll
- pembakaran terbuka

1 comment: