TEKNOLOGI PENDIDIKAN
DEFINISI TEKNOLOGI
Teknologi adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan
sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun (other
organized knowledge) yang digunakan secara sistematik sehingga mampu
mempamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugasan sehingga
tugasan tersebut mencapai kejayaan, Galbraith (1967).
DEFINISI TEKNOLOGI
PENDIDIKAN
Teknologi Pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan
dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksana
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Bidang teknologi
maklumat ini dapat memenuhi pelbagai aktiviti seperti berikut:
- Mengenal pasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk P&P
- Membangun, menghasilkan, mengelola dan menggunakan bahan sumber P&P.
- Mengurus proses mengenal pasti, membangun, mengelola dan mengguna bahan sumber P&P.
Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan
teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan di dalam kelas.
Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan
supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai bahan-bahan (BBM) untuk
meningkatkan keberkesanan P&P.
Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem,
pendekatan dan teknik ke arah pencapaian P&P yang berkesan (BTP, 1991).
Sumber pendidikan digunakan untuk membantu guru dan murid
melalui proses P&P dengan lebih berkesan. Penggunaan sumber pendidikan
perlu dirancang dengan tiga peringkat, iaitu:
- Sebelum penggunaan – merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik yang diajar.
- Semasa penggunaan – merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu proses P&P
- Selepas penggunaan – merancang aktiviti lanjutan/ pengayaan dan pengukuhan
Sumber pendidikan
yang dipilih berdasarkan kesesuaiannya dari segi topik dan objektif P&P,
latar belakang murid, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah. Sumber
pendidikan yang digunakan mengikut masa yang sesuai untuk mengoptimumkan
P&P.
KEPENTINGAN TEKNOLOGI
PENDIDIKAN
- Melancarkan proses P&P
- Menjimatkan masa, tenaga dan kos
- Mengekalkan minat dan perhatian murid
- Mengelakkan berlakunya kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep yang diajar.
- Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir konsep dengan memberi gambaran yang menyeluruh dan jelas.
- Melibatkan pelbagai deria dan meningkatkan daya ingatan murid
- Membantu murid mendapat kesan pembelajaran yang optimum
- Memperkayakan pengalaman murid
Sumber dari: Pengurusan Sumber Pendidikan
No comments:
Post a Comment